LATAR BELAKANG


Setiu merupakan sebuah Daerah Bongsu daripada tujuh Daerah didalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil daripada perakuan Unit Pemodenan dan Kemajuan Pentadbiran ( MAMPU ) pada 01 Januari 1985.



Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektra, merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut. Terbahagi kepada tujuh Mukim iaitu :
  • Mukim Hulu Nerus 54,523.30 hec.
  • Mukim Chalok  20,589.60 hec.
  • Mukim Hulu Setiu  23,292.90 hec.
  • Mukim Guntong 16,348.50 hec.
  • Mukim Pantai  8,499.40 hec.
  • Mukim Merang  6,825.00 hec.
  • Mukim Tasik  5,827.10 hec. 


Berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 1991 menggangarkan penduduk Daerah Setiu adalah seramai 42,602 orang. Jika dibandingkan dengan kajian tahun 1988 penduduk berjumlah 35,154 orang, kadar pertumbuhan adalah 12.12 %. Berdasarkan jatina penduduk Daerah Setiu terdiri daripada 21,622 orang lelaki dan 20.980 wanita. Berdasarkan kaum pula sebanyak 99.34 % kaum melayu, manakala selebihnya sebanyak 0.66 % adalah kaum Cina, India dan lain-lain